Pages

Monday, April 21, 2014

BERPANTANG GAYA MODEN :)

Assalamualaikum .....

Apa khabar semua?

Bertemu lagi kita di alam maya...:)

Hari ini saya ingat saya nak kongsikan supplemen berpantang gaya moden...:)
Saya nak kongsikan sebab saya sendiri telah merasai kelebihannya....
Bukan cerita-cerita dari orang lain semata-mata....

Supplemen tersebut tentulah daripada Shaklee :)



Berpantang dengan Shaklee yang saya maksudkan ini ialah dari segi penjagaan dalaman selepas bersalin sebagai alternatif kepada wanita-wanita yang alah pada jamu dan bagi ibu yang bayinya dijangkiti penyakit Jaundis

Ini kerana kadangkala pengambilan jamu selepas bersalin boleh menyebabkan bayi yang mendapat sumber makanan melalui susu ibu mendapat kesan daripada jamu yang diambil oleh si ibu. 

Ini telah berlaku kepada saya sendiri semasa melahirkan anak pertama dan kedua dimana pada pengalaman pertama anak saya mendapat Prolonged Jaundice iaitu demam kuning berpanjangan dan anak kedua yang mengalami Jaundis yang sangat tinggi dan hampir-hampir dinasihatkan untuk menukar darah bayi:( Amat menakutkan kan? Tetapi Alhamdullillah pertolongan Allah dan kuasa susu ibu telah menyelamatkan anak kedua saya daripada ditukarkan darahnya :) Oleh yang demikian sejak mengandungkan anak yang ke 3 saya telah meng google alternatif lain bagi tujuan ubat berpantang saya :)

Akhirnya setelah menelaah blog Master Arnie di www.genkimomma.net, saya bertekad mengambil ubat berpantang Shaklee bagi tujuan kesihatan saya dan bayi yang akan dilahirkan. Alhamdullillah kesan yang amat bagus, bayi yang tidak menghidap Jaundis, tenaga luar biasa didalam pantang dan susu ibu yang melimpah ruah untuk permata hati tercinta :)

Jom tengok apa yang saya ambil ....

1) Vita-lea Iron Formula



Ia adalah multivitamin dan multimineral yang lengkap untuk membantu mengekalkan kesihatan yang baik semasa berpantang. Ini kerana kesibukan sebagai isteri dan ibu mungkin  menyebabkan kadangkala kita tidak mengambil makanan yang seimbang dan mengakibatkan kita kekurangan zat-zat yang diperlukan.


2) B-Complex


Saya panggil B-Complex sebagai vitamin happy :) Ini kerana khasiatnya yang boleh mengurangkan stress dan memberi tenaga. Ini sangat penting bagi ibu-ibu baru yang sentiasa penat dan mudah marah-marah kerana belum biasa dengan suasana baru sebagai ibu. Oleh itu moga-moga akan terhindarlah daripada masalah meroyan InsyaAllah :)


3) Sustained Release Vita-C Plus (500 mg)


Membantu penyerapan zat besi dengan lebih baik dan sebagai antibodi terbaik pada siibu. Ini penting kerana sebagai ibu kita haruslah tidak mudah sakit demi simanja dan pemulihan yang cepat didalam pantang.

4) Zinc Complex


Zinc Complex adalah bertujuan untuk baik pulih luka dalaman dan luaran. Orang-orang kita biasanya makan ikan haruan untuk memastikan luka cepat sembuh. Ini kerana ikan haruan dipercayai mengandungi sumber zinc yang tinggi. Bagi siibu yang tak mampu nak minum pati ikan haruan yang agak berbau itu, inilah alternatifnya. Zinc juga dapat menstabilkan hormon terutamanya bagi wanita selepas bersalin.

Jom cuba :) Jangan risau set bersalin ini sesuai untuk bersalin secara normal ataupun ceaseran, ia boleh dimakan sejak hari pertama kita bersalin dan sangat-sangat mudah diamalkan. 

Walaubagaimanapun saya tidak menafikan yea penjagaan luaran selepas bersalin seperti berparam, berpilis, berbengkung dan mengurut. Penjagaan luaran ini juga penting bagi memastikan ibu mendapatkan kembali bentuk badan sebelum bersalin :)




Berminat untuk mengetahui lebih lanjut?

*Email : shafrina.mmc@gmail.com
*SMS/Whatsapp  ke 012-2210508
*COD Putrajaya, Bandar Puteri Klang, Sunway 
*Kami juga menyediakan perkhidmatan pos yer :)





No comments:

Post a Comment